Tentang Kita

Nama “Tong-In (통인 通仁)” bermaksud “hubungan melalui kemanusiaan dan kasih sayang.”

Ditubuhkan pada 1 Julai 2010, Klinik Perubatan Korea Tong-In komited untuk merawat setiap pesakit seperti ahli keluarga dan rakan kami sendiri.

Satu langkah pada satu masa, kami berusaha bantu tingkatkan kesihatan tubuh dan minda orang di seluruh dunia

Kami turut terlibat dalam pelbagai inisiatif seperti menjadi doktor panel di sekolah-sekolah, menjalankan projek kesihatan untuk warga emas dan masalah kesuburan, semua ini demi memajukan kesihatan awam.

Sebagai usaha untuk memperkenalkan perubatan Korea ke peringkat global, kami menerima pesakit dari pelbagai negara, terlibat dalam penulisan jurnal dan buku, dan turut bekerjasama dengan ramai YouTuber dan influencer.

Klinik Tong-In akan terus bergerak ke hadapan dengan semangat dan keikhlasan demi memberi rawatan yang lebih baik dan lebih bermakna untuk semua.